Saturday, 22 September 2012

Peraduan Mencipta Logo KGBKK

Kelab Guru Bestari Kota Kinabalu Sabah menjemput semua warga pendidik di Daerah Kota Kinabalu ini khasnya Guru Penyelaras Bestari Kota Kinabalu untuk menyertai pertandingan mencipta Logo Rasmi Kelab Guru Bestari Kota Kinabalu Sabah. Berikut ciri-ciri serta spesifikasi yang perlu ada pada ciptaan logo tersebut:
  1. Bersifat dinamik 
  2. Mengandungi elemen kreatif
  3. Mengandungi 3 warna asas
  4. Sesuai dengan pembestarian sekolah

Semua logo yang dicipta hendaklah diemelkan kepada emel yang tertera di bawah iaitu


atau


Tarikh tutup pernyertaan iaitu pada / sebelum 10hb. Oktober 2012

Pemenang akan menerima hadiah sumbangan dari PKG Kota Kinabalu Sabah.

Thursday, 12 July 2012

Google Group Untuk KGBKK Kita!

Mohon perhatian kepada semua ahli KGBKK bahawa google group untuk KGBKK telah pun diwujudkan. Sila maklum dengan perkara ini, terima kasih..
 

Sunday, 8 July 2012

Karnival Pembestarian Sekolah Daerah Kota Kinabalu

Karnival Pembestarian Sekolah Daerah Kota Kinabalu berlangsung pada 9hb. Julai 2012 sehingga 19hb. Julai 2012. Karnival ini dibawah kolaborasi KGBKK, PKGKK, PPDKK dan BTPN Sabah.
Pelbagai aktiviti dijangka akan dijalankan antaranya :
  1. 09/07/2012 - Animasi Power Point (SK Kolombong)
  2. 10/07/2012 - Movie Maker (SMK Tebobon)
  3. 11/07/2012 - Photoshop (SM Sains KK)
  4. 12/07/2012 - Google Fu & Tresure Hunt (BTPN)
  5. 19/07/2012 - Pameran Karnival Bestari (SM Teknik Likas)

Monday, 14 May 2012

TAKLIMAT SSQS 2012 PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU



Satu taklimat Smart School Qualification Standard (SSQS) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu. Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Encik Jackson Siga, Penolong Pengarah yang juga Ketua Unit Perkhidmatan ICT dari BTPN Sabah. Selain daripada itu, Encik Junaidi dari UPICT BTPN Sabah juga memberi taklimat berkenaan dengan Penubuhan Kelab Bestari. Diharapkan dengan penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pencapaian SSQS bagi sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu, yang dijangka akan permula pada bulan Julai nanti. 

Wednesday, 9 May 2012

SSQS Peringkat Daerah Kota Kinabalu Sabah

Mohon perhatian kepada guru penyelaras bestari / guru ICT Kota Kinabalu Sabah, ahli majlis tertinggi Kelab Bestari Kota Kinabalu Sabah telah pun memutuskan bahawa akan ada baju korporat untuk guru penyelaras bestari semua. Setiap guru penyelaras bestari / guru ICT digalakkan memiliki baju tersebut dengan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM90 sahaja. Sila sediakan wang semasa menghadiri taklimat ini. Terima kasih.



Friday, 20 April 2012

MESYUARAT KELAB GURU BESTARI BIL 3/2012


  • Mesyuarat Kelab Guru Bestari Daerah Kota Kinabalu (KGB KK) bil 3/2012 telah di adakan di Bilik Sri Mat Salleh, Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu. Agenda utama mesyuarat ini  ialah membincang dan merangka jawatankuasa kerja untuk mengadakan Karnival Bestari  dan Pertandingan Digital Storytelling Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
  • Karnival Bestari Daerah Kota Kinabalu ini adalah satu program yang dirancang untuk menyediakan, memberi peluang dan ruang kepada warga pendidik daerah Kota Kinabalu bertukar-tukar pengetahuan, kemahiran serta pengalaman mengenai proses pengajaran dan pembelajaran bestari serta isu-isu pembestarian sekolah. Karnival ini juga diharapkan dapat mewujudkan satu platform untuk warga pendidik daerah Kota Kinabalu khususnya, melontarkan idea dan pemikiran tentang sistem serta format pendidikan masa akan datang.
  • Pertandingan Digital Storytelling diadakan adalah bertujuan untuk memberi motivasi, penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang celik ICT terutamanya dalam bidang menghasilkan filem digital. Melalui pertandingan ini, pelajar akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran diri sama ada dalam bidang ICT, penulisan skrip atau dalam bidang seni visual dan multimedia secara keseluruhannya. Selain itu juga, adalah diharapkan dapat mencari wakil bagi Daerah Kota Kinabalu ke Festival Filem Pendek yang akan diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan nanti.
  • Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Jackson Siga, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT BTPN Sabah, Encik Mohd Azlan Umpai, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG KK dan Encik Zaiman Syah Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG KK.

Wednesday, 18 April 2012

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari Daerah Kota Kinabalu Kali ke-3

Mohon perhatian kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Guru Penyelaras Bestari Kota Kinabalu Sabah berkenaan mesyuarat yang dijadualkan pada tarikh yang dinyatakan adalah sahih. Hanya waktu sahaja yang berubah iaitu dari 8.30 pagi ke 9.00 pagi. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu Sabah.

Wednesday, 4 April 2012

Contoh Baju Guru Penyelaras Bestari Kota Kinabalu

Adalah diharapkan semua guru penyelaras bestari Kota Kinabalu dapat memiliki baju ini. Dijangkakan pada tahun ini semua guru penyelaras bestari Kota Kinabalu memperolehinya. Harga kasar dalam RM80. Harga yang sebenarnya akan diumumkan kelak selepas sahaja selesai mesyuarat GPBKK bil.3 / 2012. Harap maklum!

Saturday, 31 March 2012

Mesyuarat GPBKK Kali ke-2


Pada 30 Mac 2012, Kelab Guru Penyelaras Bestari (GPB) Daerah Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuaratnya di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kota Kinabalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Cikgu Seng Kok Leong dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu ini antaranya membincangkan peranan GPB untuk membantu sekolah-sekolah ahli mempertingkatkan lagi pencapaian dalam penarafan SSQS. Timbalan pengerusi kelab ini ialah Cikgu Mohd. Adie Halim dari SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu.

Friday, 30 March 2012

Thursday, 29 March 2012

Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datuk/Tuan/Puan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 mengenai Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mematuhi pekeliling tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila klik pautan Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005.

Wednesday, 21 March 2012

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari Kali Pertama 2012

Pada 21 Mac 2012, Semua Guru Penyelaras Bestari (GPB) Daerah Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuarat buat pertama kalinya di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kota Kinabalu.