Friday 20 April 2012

MESYUARAT KELAB GURU BESTARI BIL 3/2012


  • Mesyuarat Kelab Guru Bestari Daerah Kota Kinabalu (KGB KK) bil 3/2012 telah di adakan di Bilik Sri Mat Salleh, Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu. Agenda utama mesyuarat ini  ialah membincang dan merangka jawatankuasa kerja untuk mengadakan Karnival Bestari  dan Pertandingan Digital Storytelling Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
  • Karnival Bestari Daerah Kota Kinabalu ini adalah satu program yang dirancang untuk menyediakan, memberi peluang dan ruang kepada warga pendidik daerah Kota Kinabalu bertukar-tukar pengetahuan, kemahiran serta pengalaman mengenai proses pengajaran dan pembelajaran bestari serta isu-isu pembestarian sekolah. Karnival ini juga diharapkan dapat mewujudkan satu platform untuk warga pendidik daerah Kota Kinabalu khususnya, melontarkan idea dan pemikiran tentang sistem serta format pendidikan masa akan datang.
  • Pertandingan Digital Storytelling diadakan adalah bertujuan untuk memberi motivasi, penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang celik ICT terutamanya dalam bidang menghasilkan filem digital. Melalui pertandingan ini, pelajar akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran diri sama ada dalam bidang ICT, penulisan skrip atau dalam bidang seni visual dan multimedia secara keseluruhannya. Selain itu juga, adalah diharapkan dapat mencari wakil bagi Daerah Kota Kinabalu ke Festival Filem Pendek yang akan diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan nanti.
  • Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Jackson Siga, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT BTPN Sabah, Encik Mohd Azlan Umpai, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG KK dan Encik Zaiman Syah Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG KK.

No comments:

Post a Comment